I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 3 June 2011

Bercakap Tentang Gigi

                                             Salam sejahtera dan Assalamualaikum.


Anda pernah sakit gigi? Pernah tak? Pernah tak anda rasa kesakitan sakit gigi yang mencengkam sanubari sehingga air mata menitis bak air hujan yang taknak turun pada musim panas sekarang nie? Ape tak pernah? Aceeh. Berhenti berbohong. Semua orang ada pengalaman sakit gigi, tapi mungkin ade jugak yang tak. Bagi yang tak pernah rasa..jap gelak jahat dulu hahaha...korang rasa la satu hari nanti!


Baru-baru nie...lebih kurang 30haribulan aritu, aku pegi jumpa dentist. Kenapa? Sebab sakit gigi lah! Kenapa mesti aku pegi jumpa dentist kalau tak sakit gigi. Itu mustahil. Gigi aku berlubang yang maha dalam wuuuuu :( Mula-mula nak pegi dengan adik aku, tapi...


Ikuti perbualan berkenaan gigi ini sehari sebelum kejadian:


 Aku:   Ayah, esok pagi ly nak pegi klinik tampal gigi.
 Ayah: Lahh... nak pegi dengan sape?
 Aku:   Ema lah (adik aku)
 Ayah: Eh, pegi ngan ayah la sbb ayah pun nak cabut gigi nie, bergoyang suda.
 Aku:   Baik!


Haa tengok. Like father, like daughter lah kan. Sehati sejiwa bersakit gigi hahaha. Okey stop. Sambung cerita. Aku pun merempit pegi klinik yang dekat jalan gambut tue dengan bapak aku. Ala yang dekat dengan Wisma Puriwirawan tue haa. Sape orang Kuantan, dia tau la kat mana. Sampai je kat klinik tue, aku terus meloloskan diri ke kaunter pendaftaran sehingga bapak aku begitu sukar mengenalpasti mana satu adalah aku, memandangkan ramai orang kat situ pastu saiz aku pulak kecik, maka bukan satu masalah kronik bagi aku untuk register dengan cepatnya. 


Dah dapat nombor, aku duduk diam-diam dengan bapak aku sambil tengok tv dengan pelbagai posisi tanpa mempedulikan masyarakat sekeliling. Dalam hati dup dap dup dap. Lagi-lagi kalau....ting! No 235! Every time bunyi 'ting' tue, kening aku akan berkerut sebab aku takut turn aku. Aku toleh sebelah aaii...muka bapak aku pun lain macam. Takut jugak ke hahaha.


Setibanya giliran aku, aku bagitau doktor yang gigi aku berlubang. Tak pasti kena cabut or tampal. Dia pun memilih jalan terbaik menurut kepakaran beliau sebagai doktor dengan menampal gigi aku. Tung tang tung tang, okay dah siap tampal. Aii...sekejapnya?? Tapi aku peduli ape, aku pun keluar dengan muka macam orang baru keluar dari bilik pembedahan ke kaunter pembayaran. Muke monyok macam lepas bersalin padahal tak sakit pun hahaha. Aku pun tunggu bapak aku siap. Lepas tue kami balik. 


Balik je, aku mula rase pelik, apesal sakit berdenyut nie? Tapi aku still buat muka akulah paling cun kat dunia lagi walhal takde sape pun nak tengok. Aku pikir kot-kot effect tampal tadi sekejap je. Tengok-tengok, empat hari lepas tue still sakit lagi. Dah macam-macam aku buat. Letak serbuk akar kayu kt gusi lah, browsing google cara hilang sakit gigi lepas tampal lah, sapu minyak kayu manggol la tapi semua sia-sia belaka. Last-last ayah aku beli ubat cap helang kat farmasi. Terus hilang sakit. Aku pun ape lagi, bergegas ke klinik dan mintak doktor cabut.  Rupa-rupanya doktor cakap gigi aku dah dijangkiti kuman, sebab tue sakit walaupun ditampal. Sepatutnya aku datang sebelum gigi jadik teruk. Dapat gigi camni kan bagus...


Fokus pada gigi ye, abaikan muka yang berminyak

Aku suka gigi, bukan bibir yang merah menyala


Sebelum cabut tue, doktor suntik ubat bius. Sakit kot! Aku menangis buat sekalian kalinya sampai pembantu dia kena pegang tangan aku tak bagi gerak. Tak pernah ade doktor cucuk aku sebegini sakit. Malu bukan kepalang tapi apakan daya wuwuwu... tapi abaikan. Walaupun darah sehari suntuk keluar tak henti-henti, tapi dah tak sakit. Aku dah rongak walaupun 22 tahun. Kesian dan padan muka aku. Penyesalan yang takde tara bandingnya. Orang lain pun maybe lalui benda yang sama tapi setidaknya ada pengajaran yang aku dapat. Mulai semalam, tiap kali makan aku gosok gigi. Tak macam sebelum nie. Gosok pagi dan malam je. Bagi yang belum ada pengalaman camni, check out some other thoughts.


Menerusi pemerhatian aku lah kan, ramai yang pegi jumpa doktor gigi sebab gigi tue sakit.  Termasuk aku lah tue. Ramai jugak anggap kalau gigi tue dah rosak teruk kena segera cabut. Tapi kalau gigi tue rosak tapi tak sakit, dibiarkan je. Kenapa senang-senang nak cabut? Oh lupa, ada gigi palsu, senang katanya. Tapi sedar tak yang gigi palsu pun ada masalah jugak kalau tak dijaga. Gigi palsu tak sekuat gigi asli. Boleh patah dan sebagainya. Pastu kalau pakai sepanjang masa, boleh effect kat gigi asli yang lain dan jugak gusi. OMG. Oh Menarik Gila kenyataan ini. 


Ala kalau y'all nak beli barang pun mesti nak yang original jugak kan? Same case jugak dengan gigi nie hehehe. Selamatkan lah gigi anda selagi boleh. Gigi aku tue memang tak boleh nak selamatkan dah. Aku cabut pun pikir banyak kali sebab gigi aku tue langsung tak bergoyang, geraham plak tue kan. Lepas nie, memang aku nak jaga gila babeng la gigi-gigi aku nie sebab nie je peninggalan or contoh yang aku nak tunjukkan kat cucu aku nanti hahaha! Several years ahead, aku nak pakai braces sebab gigi aku berlapis-lapis macam papan lapis tak cukup gusi nak tampung, tapi aku taknak pakai gigi palsu. One day, aku nak cucu aku cakap," Grandma, you've an awesome tooth lah!"


Good luck in taking care your tooth buddies! =)




Sekian.


No comments:

Post a Comment