I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 30 May 2011

Apabila Profesion Pelajar Menjadi Suri Rumahtangga

                                                                    Assalamualaikum!


Ini hari aku bukan nak cite pasal Salma yang menang Mentor 5, bukan nak coret tentang kakak aku, si gorgeous Erra Fazira sepanjang program Mentor yang menangkap pandangan aku tiap kali tengok Mentor, bukan nak bagitau yang Elly Mazlein dah bertunang, juga bukan pasal ada kes orang kena naik court sebab cakap polis 'bodo', malah bukan juga tentang budak 10 tahun tangkap buaya! Terlalu banyak bukan, bukan? Bukan lagi. Ngengg! Mari kita berconteng-cintang berkenaan dengan profesion aku selama 17 tahun yang dah beralih arah iaitu daripada pelajar kepada temporary home maker.


Masuk hari ni dah genap 21hari aku lepak-ing. Lepak-ing kat mane?? Kat umah kot! Hell. Tak pernah-pernah aku membuang masa aku yang berharga bak emas intan permata tersebut dengan cara camni! Maaf. Sedikit emosional ye. Sementara menanti ketibaan kerja melutut kat aku, aku mengisytiharkan bahawasaaaa-nya aku telah menukar jawatan haku sebagai pelajar kepada suri rumah tangga yang tak bertauliah. Beberapa persoalan berlegar-legar kat otak aku. Ape pasal pulak aku yang kena ganti mak aku?? -__-


Buat pengetahuan, mak aku balik kampung jenguk nenek aku lah kan since sekarang ni budak-budak cuti sekolah. Memandangkan aku lah kakak paling tua....opps, bukan. Akulah kakak yang paling dewasa rumah ini, maka aku lah yang bertanggungjawab memastikan adik-adik aku tidak terbiar tatkala aku berada dirumah. Setiap hari aku perlu bangun pagi, tidak seperti kebiasaannya. Biasa pukul 10 kalau kat umah. Standard lah aku kan hahaha. Bangun pagi, benda pertama aku tengok ialah sinki. Sebab aku paling pantang tengok ada pinggan dalam sinki. Aku tak suka! Aku tengok ada banyak pinggan. Aku dah pelik. Bukan ke semalam aku dah cuci semua sebelum tido? Entah-entah....?? Tapi takpe, aku cuci jugak, sebab kalau aku tak buat, adakah adik bongsu aku yang 11 tahun tue nak buat? Tidak jawapannya. Tidak sama sekali dong.


Pastu aku akan cuci baju-baju adik aku yang macam belacan tue. Kalau tak cuci dengan kadar serta-merta, maka rumah aku akan berbau sesuatu yang kurang enak gamaknya. Sambil-sambil tue, aku masak nasi. Semalam aku masak sup tau! Nie rupa dia =)





Paling best, ayah aku cakap sedap. Kembang-kempis hidung aku sebab ayah aku ni susah nak puji orang hahaha. Sampai licin periuk sup tue adik-adik aku bantai. Aku buat ringkas je. Nak share tak? Jom.


Bahan-bahan yang diperlukan:


1) Ayam. Ayam nie kalau buat sup, aku suka ambik tang tulang. Yang isi aku 
asingkan and letak dalam peti ais. Jangan buang plak!
2) Perkakas kasar. Terdiri daripada kayu manis yang bentuk macam kayu balak 
tue, bunga cengkih etc.
3) Bunjut sup tulang. Alah yang lebih kurang sup bunjut tue. Ada orang guna 
yang tue, tapi aku lebih suka guna bunjut sup tulang. Terpulang pada individu. 
4) Bawang merah 3 ulas, bawang putih 2 ulas, halia sikit dan lada kecik.
5) Ubi kentang dan lobak (jika perlu)
6) Daun sup dan bawang goreng.
5) Garam secukup rasa.


Nie je, tak banyak pun :)


Cara-cara buat:


1) Rebus ayam untuk dapatkan air dia. Air nie nanti kita guna untuk jadikan 
kuah sup tue. Agak-agak la banyak mana kan.
2) Tumis perkakas kasar, bunjut sup dan bawang merah yang dah ditumbuk. 
Sampai naik bau tau.
3) Then, masukkan air rebusan ayam tadi dalam benda tumis tue. Sambil 
kacau, masukkan bawang putih, halia dan lada kecik yang dah direncah, 
garam secukup rasa. Ajinomoto aku tak letak ye sebab tak elok :p
4) Boleh la nak masukkan kentang dengan lobak supaya empuk.
5) Tunggu sempai menggelegak. 
6) Siap. Boleh hidang dan hias dengan bawang goreng and daun sup :)


Senang je kan? Nanti boleh la cuba-cuba. Sorry alignment tak betul sikit, harap-harap paham la yek? Okay, berbalik kepada cerita aku tadi, aku macam suka tang masak, tapi aku penat. Tapi, walau camne sibuk pon, camne penat pon, aku akan makesure aku luangkan masa tengok tv dari pukul 2-4 petang and 7-8 malam. Ada channel best, aku suka hehehe. Sekarang jam pon dah pukul1.30 petang, maka aku harus ke dapur. Arini nak buat sotong masak merah. Perlu cepat, sebab dah dekat pukul 2. Jom tolong aku! =)


Sekian.





No comments:

Post a Comment