Selamat Bertamu dan Assalamualaikum :)
Seiring dengan tajuk entri kali nie, kat sini pertama sekali aku nak lafazkan seribu kesyukuran kehadrat ilahi atas segala pemberian-Nya yang tak putus-putus kat aku ni. Saat aku sedang bekerja gigih....bekerja gigih kat mana pulak tue oii minah lily? Jawapan aku, kat satu kedai serbaneka yang kalau aku sebut konpem semua penduduk kat bumi yang terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu ni tahu, iaitu 7e. Bayi-bayi yang baru lahir maybe taktau 7e tue ape. Sudah terang and even korang suluh dengan torchlight sekalipun, kenyataannya ternyata mereka tak tahu apa-apa.
Alright. Sambung ayat tadi. Sedang aku sibuk bekerja dengan gigih, hampir kesemua kawan-kawan aku pulak sibuk cek result masing-masing. Mana aku tak hangin? Yang aku nie pulak, konon-konon nak anggap arini takde pape yang penting atau istimewa. Memang aku tak rasa pape. Tak rase berdebar, tak rasa sedih, tak rasa excited mahupun tak rasa happy. Jiwa kosong la bak kata orang suka tangkap cintan.
Tengah susun-susun benda makruh iaitu rokok ke tempatnya, "Tut2..tut2.." bunyi meses. Lol, dah sape pulak msg aku nie. Bukak je, rupanya kawan baik aku, Zakiah. Bertanyakan result aku. Oh my lovely preng, aku tak check lagi result oi... Ada la 3-4 orang yang tanya. Jadi dek kerana terlalu expert menaip mesej, dengan pantas aku membalas tanpa melihat skrin telepon, alah sebab aku ada jawapan selamat iaitu "tak check lagi", sebab tue laju je reply hahaha.
Tung-tang-tung-tang mesej sambil rancak bersembang dengan budak tempat keje aku, (sekalipun bunyi menaip mesej tak macam tu) makin lama aku makin cuak. Sebab yang rapat-rapat dengan aku, ada mengadu pasal result dorang. Cuak seh. Nervous is normal, lecturer aku selalu cakap. Tapi ape aku peduli, bagi aku nervous tak normal time kritikal camni.
Disebabkan aku masuk shift pagi buta iaitu 7am, maka nya aku dapat balik pukul 3. Tolak tambah lapan jam lah kan. Lepas kira duit kaunter segala, dengan pantas aku tanggalkan smock. Smock nie, ala baju kaler merah besar gedabak yang korang selalu nampak budak keje 7e pakai tue. Lantas aku mencapai beg dan menghayun langkah dengan kelajuan 10km sejam menuju ke teksi yang berdekatan untuk pulang. Bagaikan seperti mahu menyuruh pakcik teksi tue bawak laju-laju, aku buat suara macam tergesa-gesa, konon-konon ada benda penting gila.
Pakcik teksi tue pun macam paham. Dia pun cakap laju dan angguk laju-laju hahaha. Sampai je kat umah, aku campak beg ke dinding, ambik tuala, mandi kerbau, terus bukak laptop. Bukak email sume, pastu "Ting!" Result terpampang depan mata aku. Aku tepuk pipi aku. Tetiba aku dapat penyakit sawan iaitu "Ayahhhhhhh!!!!!" sambil mengalirkan air mata. Ok. Mengalirkan air mata tue menipu sangat la kan. Ayah aku marah aku sebab dia terkejut gila aku jerit tiba-tiba hahaha. Padan muka aku.
Lepas tue dia senyum. Aku paham la maksud senyum dia tue kan. Senyum seorang ayah apabila anaknya membuat sesuatu yang membanggakan. Ada satu subjek yang aku paling tak suka, memang target lepas cukup-cukup makan je tapi macam tak percaya dapat B+ Silap marking ke ape? Result overall takyah la aku reveal bagi mengelakkan orang membuat spekulasi bahawa aku bongkak. Kita perlu elak benda macam tue ye. Result aku takat nie yang tau hanya beberapa kawan rapat aku masa diploma dulu. Aku takde kawan baik lagi untuk degree nie. Terlalu awal tuk kenal hati budi orang bukan? :)
Perangai, tingkah-laku, and budi pekerti aku ecewah... tak sama dengan masa sekolah dulu. Bila pikir-pikir balik, sejak diploma lagi aku memang nak yang terbaik. Aku akan buat apa saja tuk dapat yang aku target. Berbaloi tak tido. Berbaloi tak tengok tv. Berbaloi study untuk kuiz macam study tuk final. Skang nie, aku makin bersemangat nak belajar. Aku pun bukan orang senang, bapak aku bawak teksi je. Impian aku, untuk mengubah destini keluarga aku. Untuk kawan-kawan yang tak dapat keputusan yang korang target, jangan sedih jangan pilu. Gunakan kesempatan yang ada lepas nie untuk tebus balik. Just one most precious word to describe my feeling right now, Alhamdulillah. Thank you Allah.
Note: Aku nak aku buat, aku takkan buat apa yang aku taknak buat.
Sekian.

smile2 :)
ReplyDelete