I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 25 October 2011

Betul Ke Pempuan Nie Pembazir?

                                          Assalamualaikum dan Bersua Kembali.



Semester ni secara tiba-tiba aku jadi bukan kaki online, bukan kaki fesbuk, bukan kaki mengumpat dan lain-lain lagi. Aku jadik kaki assignment. Bukan aku rajin, tapi aku terpaksa buat-buat rajin kalu tak, mampus le assignment yang bertimbun tue bertindan dengan segala mak nenek kuiz dan test segala. Aku paling tak suka sebegitu ye. Kalau sebegitu jugak, aku akan pressure, aku akan paksa diri stay up, makanya eyebag secara tak langsung akan mempamerkan diri dia bawah mata aku nie. Terserlahlah muka yang sembam dan kusam. Paling tak tahan, kos untuk berbalik pada yang awal. Habis duit makkk.


Tengah-tengah aku edit-edit 1 part assignment yang aku mintak belas ehsan my sayang buatkan,(aku tak suka subjek networking okeh! tapi aku suke lecturer dia J) , tetibe aku dapat idea untuk blog. Yeah, mata aku melilau-lilau tengok barang-barang yang aku ade. Mak datuk, nie barang sorang ke 3 orang?

Memang agak bersepah sebab aku dpt ilham masa tgh mentelaah. Rajin tak rajin tak?

Haa sebelum tue meh aku tunjuk dulu susunan dalam bilik. Overall dalam almari coklat nie sume penuh dgn baju-bajuan. Yang drawer merah tue tingkat paling atas ade ‘barang-barang-kecik’. Tak payah elaborate pepanjang la hek. Tingkat kedua dengan ketiga ada baju untuk outing a.k.a jalan-jalan. Mane boleh campur kan? The below-est sume tudung awning yang aku ade. Nak kirakan kan? Sape yang penah duduk sebilik dengan aku, so dia tau sendiri. 

Posisi: Dalam almari pakaian berpintu.




Haa ini dia. Memandangkan aku suke pegi kelas pakai baju kurung, so aku selalu manfaatkan duit aku untuk nie. Aku jadi gembira tak terkata, speechless la org kata,bila tengok ada banyak baju dalam almari camni. Kena gantung camtu sebab kalu aku lipat dua baru gantung, kemungkinan besar almari aku akan collapse. Hahaha. Overall sume aku tempah, ade sekor dua je yang aku beli ready made. Saiz kecik macam nie susah sikit nak beli ready made. Sebab? Aku clumsy bab baju. Aku pun benci napa aku cenggitu. Gelebeh sikit mampuih tak pakai biarpun harga seribu. So better aku tempah ye dak?

Posisi: Drawer pertama almari pakaian.



Susunan sebetulnya untuk gambar bawah.





Bila disusun, jadilah begini.




Posisi : Drawer kedua almari pakaian.



Segala jenis seluar ada disini. Seluar panjang, seluar kontot semua dijual disini. Haha


Posisi : Tingkat 2 & 3 drawer merah.



Cardigan, skirt labuh, baju penting :)


Posisi : Tingkat paling bawah drawer merah.



Koleksi tudung awning @ tudung orang-malas-pakai.


Akulah makcik yang jual tudung kat pasar malam jengka sebenarnya.

So aku pembazir ke? Tak. Sebab aku ada 3 musabab khusus iaitu:

  • Aku pakai kesemua baju secara bergilir-gilir.
  • Bila taknak pakai, aku bagi orang lain. Confirm adik aku tak dapat sebab dia lagi tinggi and besar dari aku. Kesian kau ema.
  • Agak tak relate, tapi apakupeduli. Aku guna duit sendiri...err duit my sayang sikit. hehe.
Sekian.

p/s: aku terasa aku telah membazirkan waktu. mari tido bersama sweetie :)



Selalu aku tido sipi-sipi je, sebab dia yg conquer.

Ok lah, babai.