Assalamualaikum.
Tempat kerja aku ada section yang menempatkan majalah-majalah. Maka aku dengan senang hatinya boleh membaca kesemua majalah tersebut tanpa segan silu. Lepas habis sume newspaper aku baca dengan percuma, aku baca pulak majalah yang pelbagai variasi dan bahasa termasuk Gempak, Mangga, Playboy, Remaja, Mastika, Aniqah, Pa&Ma etc. Komik Upin Ipin pun aku tibai jugak hehehe. Inilah salah satu cara aku menghabiskan masa bekerja aku supaya tak mengantuk. Tapi aku tak curi tulang. Sebab aku tau curi tulang tue satu pengkhianatan! Sambil baca aku serve customer la. Multitasking itu penting.
Tadi aku baca banyak cerita kelakar dalam majalah Ujang. Sengih sorang-sorang macam kerang busuk. Ada beberapa yang aku nak kongsi. Pertama, kelebihan jadi budak.
1)Kalau nyanyi suara sumbang macam mana sekalipun dikatakan berbunyi comel dan cute. Betul kan?
2)Takde sape nak komen kalau berjalan-jalan pakai baju Batman, Superman, Ultraman. Cuba kalau orang yang dewasa pakai? Bawa bertenang dan cuba pikir.
3)Badan gemuk macam obesiti pun orang tetap cakap comel.
4)Tak pening langsung walaupun negara heboh dengan minyak, gula, bawang, ayam dan bla bla bla naik harga.
5)Tak perlu pikir nak bayar ansuran rumah dan kereta tiap bulan.
Pastu aku ada tips hobi. Pada sape-sape yang rasa nak bertukar hobi dari mengira bintang di langit kepada yang lebih gah di mata masyarakat iaitu memancing, silalah ikuti beberapa tips bagaimana ingin menjadi pemancing yang berjaya. Hiburan semata ni =)
1)Pastikan korang menggunakan umpan ketika memancing kerana ikan tidak akan datang jika korang memanggil ikan seperti memanggil kucing.
2)Perlu tahu serba sedikit tentang umpan yang sesuai, jangan sesekali menggunakan umpan perempuan atau umpan duit kepada ikan. Ini kerana ikan takde nafsu terhadap manusia. Ikan juga tidak materialistik.
3)Tempat dan lubuk yang sesuai juga membantu korang memperoleh hasil yang menarik tapi jangan pulak kamu dengan selamba memancing kat pasar, akuarium jiran mahupun Zoo Negara.
4)Selain daripada umpan, peralatan untuk juga tersangatlah penting. Tak perlulah berpakaian segak bergaya siap ber-tie pergi memancing kerana ikan tak memandang rupa fizikal.
5)Sekali lagi, pastikan peralatan memancing itu sesuai mengikut tempat. Peralatan memancing ikan dan menjerat burung adalah lain sama sekali. Jangan samakan.
6)Kena belajar erti sabar. Kalau memancing, dekat hutan kena gigit nyamuk sikit pun dah mencarut segala, inikan pulak nak tunggu ikan selama berjam-jam. Pikirkan balik.
7)Pastikan kenal ikan yang nak dipancing. Ikan paus, ikan lumba-lumba dan ikan sardin dalam tin tak payah la sibuk-sibuk nak pancing.
Tue je untuk kali nie. Babai :)
Sekian.
No comments:
Post a Comment