I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 30 May 2011

Apabila Profesion Pelajar Menjadi Suri Rumahtangga

                                                                    Assalamualaikum!


Ini hari aku bukan nak cite pasal Salma yang menang Mentor 5, bukan nak coret tentang kakak aku, si gorgeous Erra Fazira sepanjang program Mentor yang menangkap pandangan aku tiap kali tengok Mentor, bukan nak bagitau yang Elly Mazlein dah bertunang, juga bukan pasal ada kes orang kena naik court sebab cakap polis 'bodo', malah bukan juga tentang budak 10 tahun tangkap buaya! Terlalu banyak bukan, bukan? Bukan lagi. Ngengg! Mari kita berconteng-cintang berkenaan dengan profesion aku selama 17 tahun yang dah beralih arah iaitu daripada pelajar kepada temporary home maker.


Masuk hari ni dah genap 21hari aku lepak-ing. Lepak-ing kat mane?? Kat umah kot! Hell. Tak pernah-pernah aku membuang masa aku yang berharga bak emas intan permata tersebut dengan cara camni! Maaf. Sedikit emosional ye. Sementara menanti ketibaan kerja melutut kat aku, aku mengisytiharkan bahawasaaaa-nya aku telah menukar jawatan haku sebagai pelajar kepada suri rumah tangga yang tak bertauliah. Beberapa persoalan berlegar-legar kat otak aku. Ape pasal pulak aku yang kena ganti mak aku?? -__-


Buat pengetahuan, mak aku balik kampung jenguk nenek aku lah kan since sekarang ni budak-budak cuti sekolah. Memandangkan aku lah kakak paling tua....opps, bukan. Akulah kakak yang paling dewasa rumah ini, maka aku lah yang bertanggungjawab memastikan adik-adik aku tidak terbiar tatkala aku berada dirumah. Setiap hari aku perlu bangun pagi, tidak seperti kebiasaannya. Biasa pukul 10 kalau kat umah. Standard lah aku kan hahaha. Bangun pagi, benda pertama aku tengok ialah sinki. Sebab aku paling pantang tengok ada pinggan dalam sinki. Aku tak suka! Aku tengok ada banyak pinggan. Aku dah pelik. Bukan ke semalam aku dah cuci semua sebelum tido? Entah-entah....?? Tapi takpe, aku cuci jugak, sebab kalau aku tak buat, adakah adik bongsu aku yang 11 tahun tue nak buat? Tidak jawapannya. Tidak sama sekali dong.


Pastu aku akan cuci baju-baju adik aku yang macam belacan tue. Kalau tak cuci dengan kadar serta-merta, maka rumah aku akan berbau sesuatu yang kurang enak gamaknya. Sambil-sambil tue, aku masak nasi. Semalam aku masak sup tau! Nie rupa dia =)





Paling best, ayah aku cakap sedap. Kembang-kempis hidung aku sebab ayah aku ni susah nak puji orang hahaha. Sampai licin periuk sup tue adik-adik aku bantai. Aku buat ringkas je. Nak share tak? Jom.


Bahan-bahan yang diperlukan:


1) Ayam. Ayam nie kalau buat sup, aku suka ambik tang tulang. Yang isi aku 
asingkan and letak dalam peti ais. Jangan buang plak!
2) Perkakas kasar. Terdiri daripada kayu manis yang bentuk macam kayu balak 
tue, bunga cengkih etc.
3) Bunjut sup tulang. Alah yang lebih kurang sup bunjut tue. Ada orang guna 
yang tue, tapi aku lebih suka guna bunjut sup tulang. Terpulang pada individu. 
4) Bawang merah 3 ulas, bawang putih 2 ulas, halia sikit dan lada kecik.
5) Ubi kentang dan lobak (jika perlu)
6) Daun sup dan bawang goreng.
5) Garam secukup rasa.


Nie je, tak banyak pun :)


Cara-cara buat:


1) Rebus ayam untuk dapatkan air dia. Air nie nanti kita guna untuk jadikan 
kuah sup tue. Agak-agak la banyak mana kan.
2) Tumis perkakas kasar, bunjut sup dan bawang merah yang dah ditumbuk. 
Sampai naik bau tau.
3) Then, masukkan air rebusan ayam tadi dalam benda tumis tue. Sambil 
kacau, masukkan bawang putih, halia dan lada kecik yang dah direncah, 
garam secukup rasa. Ajinomoto aku tak letak ye sebab tak elok :p
4) Boleh la nak masukkan kentang dengan lobak supaya empuk.
5) Tunggu sempai menggelegak. 
6) Siap. Boleh hidang dan hias dengan bawang goreng and daun sup :)


Senang je kan? Nanti boleh la cuba-cuba. Sorry alignment tak betul sikit, harap-harap paham la yek? Okay, berbalik kepada cerita aku tadi, aku macam suka tang masak, tapi aku penat. Tapi, walau camne sibuk pon, camne penat pon, aku akan makesure aku luangkan masa tengok tv dari pukul 2-4 petang and 7-8 malam. Ada channel best, aku suka hehehe. Sekarang jam pon dah pukul1.30 petang, maka aku harus ke dapur. Arini nak buat sotong masak merah. Perlu cepat, sebab dah dekat pukul 2. Jom tolong aku! =)


Sekian.





Sunday, 29 May 2011

Apa itu Planking Style?

                                                    Halo and Assalamualaikum! =)


Planking? Ape bende plak nie? HAH. Maybe ada yang tau dan ade jugak yang tak tau. Benarkah begitu? Mungkin benar. InsyaAllah. Tetibe je. Buat pengetahuan, planking nie dalam bahasa ibunda nye,"Bergambar Sambil Meniarap". First thing come to otak aku, ape hal plak nak susah payah bergambar cenggini? Tapi takpelah kan, hak individu. Bagi yang tak tau what the $*!^# is this planking style,mula-mula sekali marilah kita bersama-sama mengenali ape kes style ni sebenarnye. Okay lah. 


Planking style ni dimaksudkan mengambil gambar sambil badan meniarap dengan muka ke bawah. Tangan plak tegak ke sisi badan. Ape cite plak nak ambik gambar dengan posisi yang tak selesa camnih? Untuk menambahkan kepelikan gaya, ia dikira amazing or cool kalau diambik di tempat awam atau yang berbahaya. Contohnya, ambik gambar dengan cara camni kat depan orang ramai.HAH! for second time. Setakat yang aku terrrr-baca, bukan sengaja baca ye anak-anak. Ulang lagi sekali, takat yang aku baca, seni pelik planking nie actually start from bumi kanggaru which is Australia.  


Ade dua insiden. Insiden? Ohh bukan-bukan. Perkataan yang lebih sesuai ialah dakwaan. Dakwaan ke? Ish taktau la! Teruskan. Dakwaan pertama, ada yang cakap planking ni bermula dari seorang pemain ragbi sekitar tahun 2000 camtuh lepas dorang berjaya sumbangkan mata untuk pasukan dorang. Tengok nih.


That ragby player.
Ha kan kan kan? The matter is kok iye pon suke dapat sumbang mata, takyah kot wat camni hahaha. Satu lagi dakwaan menyatakan seni planking nie dimulakan oleh Kerri-Anne Kennerley. Tahu tak sape beliau ni? Kalau taktau, die ni...eh beliau nie pengacara terkenal Australia sana nun haa...planking atas sofa hang tau dak! Kalau tergolek? Bayangkan hahaha. Check this out!

Aunty, ngape laa aunty laying camnih...kesian saya tengok....sob3...
Whatever it is, hey hey you guys! Do you know that this style was begun to spread all over the nation and once it is uploaded in facebook, it got 'Like' click from thousand of people? Pfff. Tapi! Haaa...tapi....jangan nak pelik la kan kalau y'all tau yang seorang lelaki di Australia dah pun menemui ajalnya gara-gara nak buat fantastic style with planking. Dia berbaring di atas kereta yang bergerak. Sadis...Since then, planking semakin popular! 


Selain dari nie, yang terbaru kat Taiwan, dua orang pompuan atau gadis atau perawan atau wanita etc., turut tiru aksi nie sebagai fav pose untuk bergambar and dorang gelarkan diri dorang as 'Pujie Girls'. Sebetulnya nama Karren dan Jinyu. Dorang nie kira berani mati ngan planking style ni. Kadang-kadang meniarap kat shopping complex, kadang-kadang kat playground, and kadang-kadang kat stesen kereta api. Hey budak, tak sayang nyawa ke? dibuat nya kena gilis ngan kereta api baru tau. Haiyaa!

Err...tak geli ke muka kat tempat orang pijak?

Nie aksi simetrikal atas dataran memorial Chiang Kai-shek kat Teipei

Nie kat tangga kat shopping complex rasenye

Nie kat tengah jalan..adoi..anak sape nie...

Adik, takde tempat laen nak lepak ke?

Ko nie da kenapa budak?

HAHAHA...hanya mampu ketawa...
Kalau dalam pikiran berlegar-legar soalan kenapa dorang behave macam nie, jawapan paling tepat adalah untuk kelihatan unik, boleh gak nak cakap untuk meraih populariti..Tapi kalau aku la, never! Biarla tak popular pon, tak rela kot hahaha. Ada jugak certain celebrities yang terpengaruh dengan trend ni. Sudah-sudah. Jangan nk buat-buat machos atau canteks kat depan lappy memasing, mari kita tonton aksi mereka =)

Ellen Page meniarap atas sebuah binaan

Kristen Bell dengan kekasihnya meniarap atas papan di tangga 


Raper and TV personality, Flavor Flav meniarap di atas trak 

HAHAHA. Si cantik Kristen Bell, apa dah jadi ko ni? Ohhh lagi-lagi gambar, sila skrol ke bawah. Skrol jangan tak skrol!
























Sebenarnya, prinsip style ni, lebih unik dan lebih bahaya, lagi bagus. LAGI BAGUS??? y'all kena pikir balik. Tapi trend ni dah jadik kegilaan especially kat Australia sampai polis bagi amaran supaya aksi nie tak dibuat untuk mengelakkan kematian. cuba pikir la derr... Tak ke mati katak je kalau mati untuk benda alah ni?


Sekian =) 

Thursday, 19 May 2011

Unattended Convocation

                                                               Assalamualaikum :)


Untuk pengetahuan, tanggal 14052011 (Sabtu) arituh UiTM Seri Iskandar telah meraikan Hari Konvokesyen ke-74. Patutnye aku terlibat same sbb dodulu aku ambik dip kat situ (p/s: skang kat UiTM Jengka). But since aku ade hal yang amat amat amat xbley nak dielakkan, jadiknye aku gagal menghadirkan diri. Ralat jugaklah xdapat jumpe member2 lain. Nak gak tengok muke bahagia dorang hikhikhik. Tapinye nak buat camno ann...Sebab ape xdapat datang? Jangan ditanya soalan ini.


Wooh. Terima kasih kepada 2orang sahabat baik teramat baik aku yang sudi mengalirkan air mata dgn ketidakhadiran aku, Zihan aka yan dan juga Shaqira aka iera. Bukan suke derr, tapi terharuu...wuuuuuuu T_T  buat aku makin sayang korang. Bak kata pepatah...(pepatah ker..??) ah biarlah. Bak kata pepatah, "jauh dimata, tapi dekat dihati..." :) itulah persahabatan. Kepada mereka berdua, maaf sesangat kat korang. Inilah mereka hihihi.


Berdiri dari kiri: Zihan@Yan, Idzatie, and also my bestie, Zakiah :)
Berdiri dari kiri: Madam Salina, Shaqira@Iera.
Gambar yang atas tue actually roomate aku kat sane. Dorang baik sesangat wa ckp lu. Especially cik yan tue. Bestfriend ever la boleh kate. Susah nak dapat kawan cam die dah. Aku tabik spring kat die hahaha. Yang gambar second nie plak, Madam Salina nie closest lecturer aku kat sane. If aku ade problem or news yg happy gile babeng, memang lepas yan and eira, beliau aku cari dulu untuk sampaikan perkhabaran tersebut hehehe. 


Si Shaqira ni pulak toksah aku cite la kan, korang pon maybe leh agak. She's a loyal friend. Ape2 pon yang aku dengar orang duk cakap (merujuk kepada kisah dulu2), bagi aku die terbaik. Part yang aku xbleh lupe, bile tibe time final, die akan datang bilik aku. Baring2 sambil tanye soalan supaya masing2 senang hafal mane2 yang belum hehehe. Nice je rase. Then, lunjurkan kaki kat katil and gelak2 ilangkan tension study. Yang klakarnye, Iera nie kekadang selalu datang bilik cari aku, tapi die ingat aku xde, padahal aku kat blakang bear yang 2x ganda bigger dari aku hahaha. Rindu seh kt minah nie!


Oh ye, duk bercerita x hingat, let's check out some other pictures of 'em!

Can you see their happiness??
Yang pakai selempang pink tue budak ANC tau ;)
Ni my ex-classmates.

Kami sume dah bawak diri masing2. Ade tercampak ke Melaka, Puncak Alam, Shah Alam, ade yang stay lagi ke Perak. Aku sorang jek kena hantor ke Bandaraya Jengka nie...sob3....ape2 pon, aku harap one day aku dapat jumpe all my besties. InsyaAllah. Well, takat nie je kot tuk kali ini. Moga bersua lagi! :) Smile double triple.





Friday, 13 May 2011

I'm a New Blogger!

                                                          Assalamualaikum!

First thing first, aku nk bagitau kat diri aku, "Yeah, akhirnye LS! huaaa." korang  tau tak, dah banyak kali dah aku wat belog nih, tapi asyik lupa password. Statement ni menunjukkan betapa rajinnya aku menulis, but since cuti kali nie kemain lame lagi aku kena tanggung, aku try untuk stay. Kali nie jadik hahaha. Eh tapi, astaghfirullahazim! Lupe nk kenalkan diri.

Okay2. Name aku kat jabatan pendaftaran negara, tertera Norlily Suraya bt Mohd Zin. Panggil jek Lily wokeh. Bukan lilimon dan Lily Aldrin, tetapi Lily Suraya. Apehal nama ayah aku pendek sangat, tanya beliau sndiri okeng. Aku sensitip cakap pasal pendek. Tapi aku nak cakap jugak. Pendek-pendek nama ayah aku pon, mak datuk nak tiru sign dia punya la susah. Yang latest, bila aku try nk tiru sign die tuk apply for PTPTN itu hari. Desperate ye, ada problem sikit, bukan sengaja. Mak aiiii......nak tau kenapa susah? Sign dia sekali dengan bin kot hahaha! Kalau yang mak, expert la aku tiru *beserta muka bangga =_=

Ok stop cite sal tue. Meh cite pasal aku sikit. Before this aku buat diploma kat UiTM Seri Iskandar,Perak hambik Office Mgt & Technology. Skang nie kat UiTM Jengka, further Office System Mgt.  First sem degree nie, baru aku tau kenapa budak degree kena study gila-gila and frankly speaking, aku memang tabik la kalau sesape dapat dekan. Mencabar woo. Memang la not as challenging as engineering and medic, but then mencbar la gak bagi budak otak management and membaca macam haku nie -_-

Continue lg?? Next post okey. First post takleh ckp bebanyak, kena save lu hehehe. Ape-ape pun visit my blog and be my nicee friend yeah. Chow! Winkiee =)


Sekian.

Smile ear-to-ear for you guys!