I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 2 September 2011

I'm Still Alive

                                                    Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri.


Rasa-rasa aku laa, 3bulan da aku tak tulis blog. Tahu tak aku keje. Bila da keje aku penat bila aku penat aku tido bila aku tido sepatutnya badan naik tapi pesal tak naik-naik?? Arghh tensen! Sampai bile nak keding camni? Sememangnya manusia ni tak reti nak bersyukur. Yang gemuk nak kurus, yang kurus nak gemuk. Yang sedang-sedang jugak duk diam. Tapi entri kali nie bukan nak cite aku keding kau keding, tapi nak cite benda merepek supaya takde yang ingat aku dah......tett. (kadang-kadang aku menangis bila aku terpikir kenapa aku cepat melalut)


Actually, sekarang aku kat kampung. Baru petang semalam sampai, dalam pukul 5 lebih camtu. Naik bas. Nak tunggu sampai tue, mak datuk datin. Semput walhal aku takde lelah. Rasanya macam nak patah tulang vetebrata invetebrata aku tahu tak. Mungkin nie berpunca dari aku sendiri, tak minum anmum hahaha. Well, kampung aku rumah dia rapat-rapat, tapi tiap rumah ada pagar masing-masing, kira macam buat division la. Aku tak tau korang bleh bayangkan ke tak camne kondisi dia, tapi buat-buat paham la ok. Tak sampai umah nenek aku lagi, entah kuasa dari super saiyya mane aku tiba-tiba jadi super duper friendly. Habis orang kampung kat tepi-tepi tue aku tegur sebelum sampai umah sambil menjinjit beg di tangan dan kaki. It was like, weirdo. Yes weird, not weirdo.


Pastu disebabkan peramah yang keterlaluan, tak pasal-pasal jiran merangkap sedara aku panggil, siap wajibkan terus datang umah dia tanpa mandi. Hukuman jenis apakah itu? Dia cakap " Cepatlah datang rumah, makan laksa penang!" Aku pun dengan membawa beg yang agak berat sebab bawak balik laptop yang mana aku takleh berenggang dengan beliau, aku berlari-lari emak selaju yang boleh sebab aku suke laksa hahaha! Dengan segala kudrat yang ada, aku tolak pagar, masuk rumah, tukar track suit (still pakai baju and tudung yang sama, menggelikan bukan?) , terus gerak yo. Laksa, here i come!


Makan cepat-cepat, buat-buat tanya sikit pasal mak sepupu yang umur 8 taun muda dari aku, pastu buat-buat rajin basuh pinggan yang kalau boleh nak basuh sume sekali sekalipun yang kat atas rak, was like nak tolong kemas rumah, basuh baju dan sebagainya. Tolong jangan melalut melampau boleh tak? Wah pastu dah salam-salam, ucap selamat aidilfitri segala, aku bergegas balik dan mandi. Mandi derr, bau aku toksah cakap. Dari pagi berteleku dalam bas.


Usai solat isyak, siap-siap dengan track suit itam jalur biru, baju ijau, beserta selendang biru berbunga-bunga tak labuci, kami bertiga iaitu nenek dan adik aku pegi lah umah tok sedara yang sebaya dengan mak aku. Around 40's something. Takleh pegi lama-lama, pasal nenek aku ade darah tinggi, kena tido awal. So tujuan aku pegi pun nak beramah-mesra dan tolong..tolong makan. Dah sampai sane, lain pulak yang jadi. Aku yang jadik tukang bakar. Aku macam lupe diri, macam tak berpijak dibumi yang nyata. Sian nenek aku takleh balik cepat. Dah jadik tukang bakar tue, aku ape lagi, bawak balik macam-macam la hahaha. 


Perut kenyang suka hati. Balik bawak perut yang boroi penuh dengan makanan. Tak senonoh gila. Balik bukak tv, takde yang menarik, so online. The same thing, takde yang menarik, ape lagi, tengok movie la sampai ngantuk. Pastu zzz... Bangun pukul 6.45 pagi, aku cabut rumput belakang rumah, sape sampah. Best. Aku suke buat keje-keje camni. Sunyi and nyaman gile kat kampung. Sape yang still ade kampung, bawak-bawak la mengucap and baliklah kampung. Bertuah engkau tahu sebab ade orang yang takde kampung. Aku pun balik jarang gak tapi sekali balik aku guna betul-betul la.


Takde lain dah aku nak cakap, tapi di kesempatan bulan baik camni, aku hulurkan seribu ampun dan maap pada sape-sape yang penah aku sakitkan hati sama ada sedar ataupun tak. Yang dah lepas jangan dikenang sebab saat kita menyimpan dendam, takde ape yang kita dapat melainkan satu, ketidaktenangan. So peeps, clear your heart and soul, also fulfill it with glimmering of love. No more revenge and let's maintain harmonious relationship ever!


Babai.


p/s: aku masih tercari-cari makanan yang aku boleh tibai.