I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 19 June 2011

Entertainment from Ujang


                                          Assalamualaikum.

Tempat kerja aku ada section yang menempatkan majalah-majalah. Maka aku dengan senang hatinya boleh membaca kesemua majalah tersebut tanpa segan silu. Lepas habis sume newspaper aku baca dengan percuma, aku baca pulak majalah yang pelbagai variasi dan bahasa termasuk Gempak, Mangga, Playboy, Remaja, Mastika, Aniqah, Pa&Ma etc. Komik Upin Ipin pun aku tibai jugak hehehe. Inilah salah satu cara aku menghabiskan masa bekerja aku supaya tak mengantuk. Tapi aku tak curi tulang. Sebab aku tau curi tulang tue satu pengkhianatan! Sambil baca aku serve customer la. Multitasking itu penting.

Tadi aku baca banyak cerita kelakar dalam majalah Ujang. Sengih sorang-sorang macam kerang busuk. Ada beberapa yang aku nak kongsi. Pertama, kelebihan jadi budak.

1)Kalau nyanyi suara sumbang macam mana sekalipun dikatakan berbunyi comel dan cute. Betul kan?
2)Takde sape nak komen kalau berjalan-jalan pakai baju Batman, Superman, Ultraman. Cuba kalau orang yang dewasa pakai? Bawa bertenang dan cuba pikir.
3)Badan gemuk macam obesiti pun orang tetap cakap comel.
4)Tak pening langsung walaupun negara heboh dengan minyak, gula, bawang, ayam dan bla bla bla naik harga.
5)Tak perlu pikir nak bayar ansuran rumah dan kereta tiap bulan.

Pastu aku ada tips hobi. Pada sape-sape yang rasa nak bertukar hobi dari mengira bintang di langit kepada yang lebih gah di mata masyarakat iaitu memancing, silalah ikuti beberapa tips bagaimana ingin menjadi pemancing yang berjaya. Hiburan semata ni =)

1)Pastikan korang menggunakan umpan ketika memancing kerana ikan tidak akan datang jika korang memanggil ikan seperti memanggil kucing.
2)Perlu tahu serba sedikit tentang umpan yang sesuai, jangan sesekali menggunakan umpan perempuan atau umpan duit kepada ikan. Ini kerana ikan takde nafsu terhadap manusia. Ikan juga tidak materialistik.
3)Tempat dan lubuk yang sesuai juga membantu korang memperoleh hasil yang menarik tapi jangan pulak kamu dengan selamba memancing kat pasar, akuarium jiran mahupun Zoo Negara.
4)Selain daripada umpan, peralatan untuk juga tersangatlah penting. Tak perlulah berpakaian segak bergaya siap ber-tie pergi memancing kerana ikan tak memandang rupa fizikal.
5)Sekali lagi, pastikan peralatan memancing itu sesuai mengikut tempat. Peralatan memancing ikan dan menjerat burung adalah lain sama sekali. Jangan samakan.
6)Kena belajar erti sabar. Kalau memancing, dekat hutan kena gigit nyamuk sikit pun dah mencarut segala, inikan pulak nak tunggu ikan selama berjam-jam. Pikirkan balik.
7)Pastikan kenal ikan yang nak dipancing. Ikan paus, ikan lumba-lumba dan ikan sardin dalam tin tak payah la sibuk-sibuk nak pancing.

Tue je untuk kali nie. Babai :)

Sekian.


Saturday 18 June 2011

Kaki Oh Kaki

                         Salam Semalaya dan Assalamualaikum =)


                      Dah pesal tetibe nak cakap pasal kaki pulak? 


Sebab aku dapat idea and ada point nak dibahaskan. Kalau tak, masakan aku begitu rakus menaip sebegini pantas. Oh sebelum lupa, better cerita dulu camne leh tercetusnya cetusan nie. Well, sementara tunggu ayah ambik aku balik keje, aku pergi pasaraya kecik beli coklat. Dengan duduk menghayun kaki, aku rilek makan sepapan coklat cadbury dairy milk black forest sikit demi sedikit sebab takut abis. Sekali-sekala aku pandang ke bawah tengok kaki aku. 


Bila tengok kaki, aku teringat mak aku dulu pernah cakap, "Kaki melambangkan kebersihan seseorang tue. Cerah or gelap camne pun dia, kita tetap boleh bezakan sama ada dia pembersih atau pengo. Pengo tu ape pulak? Paham-paham sendiri la makcik pakcik. Oppezit to pembersih. Aku tak sanggup nak cakap wuwuwuuu. Dah apehal pulak nie? 


Kadang-kadang kita tengok. Tak kesah la sape-sape kan. Baik laki or pompuan. Dress up bagai nak rak, mekap tebal dalam 10 inci, vogue gila, tapi bila tengok bawah. Bawah sekali. Bukan bawah lutut. Bawah lagi bawah lagi bawah lagi. Ya. Yang paling bawah tue. Bukan paha bukan betis. Tolongla paham yang mana aku maksudkan. Terima kasih.


Sepanjang aku berkawan dengan lelaki, ada beberapa orang yang pernah jugak zahirkan pendapat dorang kat aku pasal benda nie. Maknanya benda nie dah jadi benda universal, bukan orang tertentu je yang tau. Alah bila kita cakap pasal kebersihan, sah-sah orang tengok from top to toe. Silap-silap yang rapat dengan kita, contoh macam housemate atau roomate. Dorang secara tak langsung boleh nilai kita nie jenis yang macam mana. Maksud aku betul-betul pembersih atau appearance je stylo gila.


Sesetengah orang kurang bagi penekanan pada kebersihan kaki. Yelah, benda paling bawah, tak menonjol, apa pasal pulak kena yo-yo an je take care sangat kan. Camtu lah lebih kurang. Rasanya tak keterlaluan aku katakan yang kebersihan diri terletak pada kakinya. Formula dia senang je kalau kita pikir secara logik. Okey, kaki orang anggap benda tak penting. Bila tak penting, kita tak bagi perhatian pada kaki, maka kita hanya fokus kepada yang kita pentingkan atau suka seperti muka dan badan. Jadi bila kaki bersih, bahagian atas kaki juga bersih. Bila kaki tak bersih, apatah lagi bahagian atas kan kan kan? 


As simple as ABC. Bagi pompuan yang tak jaga kebersihan, memang ketaralah sebab dorang suka pakai high heels. Bila pakai high heels, kaki lebih terserlah dan kebarangkalian orang fokus pada kaki korang adalah tinggi. Kalau korang kurang bersih, memang jelas binti sahih korang pengo. Baik jaga-jaga! Lelaki pulak lebih selamat sebab dorang selalu pakai kasut. Honestly, aku pun kalau tengok laki berselipar, memang tang kaki aku tengok dulu hahaha.


Kesimpulannya, jagalah kebersihan kaki sebab dia mencerminkan keperibadian kita. Kuku jari kaki potongla selalu. Jangan ada benda yang hitam-hitam melekat kat kuku. Entah apa ke namanya. Aku pernah ternampak kat kaki sape tah. So plisss, kita jaga kebersihan kaki sama-sama okey. Sebagai rakyat Malaysia kita bukan saja perlu mengamalkan sifar sampah dan inflasi sifar, malah sifar kaki kotor juga perlu dititikberatkan! Guna lifebuoy pun boleh :)


Aku bukan nak promote lifebuoy

Aku bukan jurucakap Lifebuoy. Tak layak langsung haha.



Sekian.







Friday 17 June 2011

Result Exam April 2011

                                     Selamat Bertamu dan Assalamualaikum :)


Seiring dengan tajuk entri kali nie, kat sini pertama sekali aku nak lafazkan seribu kesyukuran kehadrat ilahi atas segala pemberian-Nya yang tak putus-putus kat aku ni. Saat aku sedang bekerja gigih....bekerja gigih kat mana pulak tue oii minah lily? Jawapan aku, kat satu kedai serbaneka yang kalau aku sebut konpem semua penduduk kat bumi yang terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu ni tahu, iaitu 7e. Bayi-bayi yang baru lahir maybe taktau 7e tue ape. Sudah terang and even korang suluh dengan torchlight sekalipun, kenyataannya ternyata mereka tak tahu apa-apa.


Alright. Sambung ayat tadi. Sedang aku sibuk bekerja dengan gigih, hampir kesemua kawan-kawan aku pulak sibuk cek result masing-masing. Mana aku tak hangin? Yang aku nie pulak, konon-konon nak anggap arini takde pape yang penting atau istimewa. Memang aku tak rasa pape. Tak rase berdebar, tak rasa sedih, tak rasa excited mahupun tak rasa happy. Jiwa kosong la bak kata orang suka tangkap cintan.


Tengah susun-susun benda makruh iaitu rokok ke tempatnya, "Tut2..tut2.." bunyi meses. Lol, dah sape pulak msg aku nie. Bukak je, rupanya kawan baik aku, Zakiah. Bertanyakan result aku. Oh my lovely preng, aku tak check lagi result oi... Ada la 3-4 orang yang tanya. Jadi dek kerana terlalu expert menaip mesej, dengan pantas aku membalas tanpa melihat skrin telepon, alah sebab aku ada jawapan selamat iaitu "tak check lagi", sebab tue laju je reply hahaha.


Tung-tang-tung-tang mesej sambil rancak bersembang dengan budak tempat keje aku, (sekalipun bunyi menaip mesej tak macam tu) makin lama aku makin cuak. Sebab yang rapat-rapat dengan aku, ada mengadu pasal result dorang. Cuak seh. Nervous is normal, lecturer aku selalu cakap. Tapi ape aku peduli, bagi aku nervous tak normal time kritikal camni.


Disebabkan aku masuk shift pagi buta iaitu 7am, maka nya aku dapat balik pukul 3. Tolak tambah lapan jam lah kan. Lepas kira duit kaunter segala, dengan pantas aku tanggalkan smock. Smock nie, ala baju kaler merah besar gedabak yang korang selalu nampak budak keje 7e pakai tue. Lantas aku mencapai beg dan menghayun langkah dengan kelajuan 10km sejam menuju ke teksi yang berdekatan untuk pulang. Bagaikan seperti mahu menyuruh pakcik teksi tue bawak laju-laju, aku buat suara macam tergesa-gesa, konon-konon ada benda penting gila. 


Pakcik teksi tue pun macam paham. Dia pun cakap laju dan angguk laju-laju hahaha. Sampai je kat umah, aku campak beg ke dinding, ambik tuala, mandi kerbau, terus bukak laptop. Bukak email sume, pastu "Ting!" Result terpampang depan mata aku. Aku tepuk pipi aku. Tetiba aku dapat penyakit sawan iaitu "Ayahhhhhhh!!!!!" sambil mengalirkan air mata. Ok. Mengalirkan air mata tue menipu sangat la kan. Ayah aku marah aku sebab dia terkejut gila aku jerit tiba-tiba hahaha. Padan muka aku. 


Lepas tue dia senyum. Aku paham la maksud senyum dia tue kan. Senyum seorang ayah apabila anaknya membuat sesuatu yang membanggakan. Ada satu subjek yang aku paling tak suka, memang target lepas cukup-cukup makan je tapi macam tak percaya dapat B+ Silap marking ke ape? Result overall takyah la aku reveal bagi mengelakkan orang membuat spekulasi bahawa aku bongkak. Kita perlu elak benda macam tue ye. Result aku takat nie yang tau hanya beberapa kawan rapat aku masa diploma dulu. Aku takde kawan baik lagi untuk degree nie. Terlalu awal tuk kenal hati budi orang bukan? :)


Perangai, tingkah-laku, and budi pekerti aku ecewah... tak sama dengan masa sekolah dulu. Bila pikir-pikir balik, sejak diploma lagi aku memang nak yang terbaik. Aku akan buat apa saja tuk dapat yang aku target. Berbaloi tak tido. Berbaloi tak tengok tv. Berbaloi study untuk kuiz macam study tuk final. Skang nie, aku makin bersemangat nak belajar. Aku pun bukan orang senang, bapak aku bawak teksi je. Impian aku, untuk mengubah destini keluarga aku. Untuk kawan-kawan yang tak dapat keputusan yang korang target, jangan sedih jangan pilu. Gunakan kesempatan yang ada lepas nie untuk tebus balik. Just one most precious word to describe my feeling right now, Alhamdulillah. Thank you Allah.


Note: Aku nak aku buat, aku takkan buat apa yang aku taknak buat.


Sekian.



Thursday 16 June 2011

Peramah dan Beramah

                                       Assalamualaikum dan Selamat Petang.


Setiap hari kita bercakap. Pot-pet-pot-pet-pot-pet tanpa henti. Tapi jumlah percakapan bergantung pada jenis orang la, sama ada jenis banyak cakap atau pendiam@berat mulut. Fakta menarik, apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, jadi bila tolak tambah darab bahagi, lebih kurang 2.5 titisan air liur bagi tiap perkataan. Sebab tue la, kalau korang perhatikan, orang yang cakap laju dan banyak akan bersembur-sembur atas meja, baju yang dipakai dan silap-silap terpercik kat muka kita sekali hahaha. 


Konklusi, makin banyak bercakap, makin banyak enzim emilase dihasilkan. Kaitan dengan tajuk entri, makin peramah individu tue, makin banyak air liur dia hasilkan hahaha. Menurut kajian jugak, kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 sehari untuk bercakap. Giler ape. Tido petang pun tak lama camtuh! Okay. Sudah-sudah lah cakap pasal fakta. Cukup. 


Tujuan aku sebenarnya nak cakap pasal peramah, meramah, diramah dan sebagainya. Frankly speaking aku suka orang peramah. Tapi bukan yang terlalu peramah. Kalau dah peramah sangat sampai takde can aku nak bercakap, ini sudah lebih beb. Sebab aku pun suka bercakap. Walaupun muka aku ade orang cakap sombong pastu bengis macam alien, tapi sebenarnya aku suka bercakap. 


Lagi-lagi dengan orang suka senyum. Sejuk je mata tengok, hati pun senang. Semua orang pun camtu kan? Jadi peramah nie sebenarnya banyak kelebihannya. Cepat dapat kawan, cepat sesuaikan diri dengan suasana baru, and boleh get along dengan semua orang...tak kisah la orang tue pendiam ke hape, lagi ape lagi. Haa cepat dapat calon suami OPS. Maaf. Out of the bush.


Hayati perbualan di bawah:


Aku : Hai. Nama sape? Saya baru keje kat sini (sambil tersenyum manis)
Dia  : Lina (sambil tersenyum manis jugak)
Aku : Oh Lina. Saya Lily. Dah lame ke kerja kat sini?
Dia  : Lama jugak. Dalam 2 bulan camtu (#$*+!$... lama ke tue? abaikan)
Aku : Oh yeke. So okay tak? Tadi saya ada jumpa bos. Dia baik kan?
Dia  : Bolehlah...


Sidang hadirin yang amat saya hormati sekalian,


Lepas pada tue, aku terpikir, dah apsal aku lak over nak bersembang nie?? Hallo budak, tahukah anda dengan bersembang kita akan mengenali antara satu sama lain. Takdelah aku nak tegur kau, aku segan. Kau nak tegur aku, kau segan. Marilah kita merapatkan jurang persahabatan. Ape salahnya kan? Tapi ada orang berpendapat. Kalau mula-mula kenal, janganlah tanya banyak sangat. 


Bagi aku lah kan, tak salah kita nak bersembang tanya camtu. Sebab dah sah-sah kita tak kenal orang tue, so memang lah takde point kita nak sembang dengan dia betul tak? Kalau asyik nak cover jumlah soklan, alamatnya sebulan la baru dapat bersembang dengan lancar dan baik. As long jangan tanya soklan personal orang tue yang takde kaitan langsung dengan kita sudahla. Tue busybody nama nya.


Sebagai contoh:


" Ko dah ada pakwe ke? Orang mana? Hensem tak?"
" Eh, dalam next pilihan raya, ko rasa ko vote UMNO, PAS ke PKR?"
" Ko Indian kan. Ko rase la kan, agama ko tue ok ke?"


Brader sister, jangan woo. Elakkan sensitiviti kaum dan agama. How they are going to answer these kalau dorang tak betul-betul kenal kita? Kalau nak berkawan or memulakan persahabatan, jangan tanya soklan-soklan yang akan menyebabkan kening orang tue berkerut sampai bercantum, juga jangan sampai orang tue buat muka pelik macam nampak anak unta kembar siam dengan ikan kembung. Plesss. Mulakan dengan berhemah. 


Tapi kekadang bukan salah kita pun. Kekadang ada jenis orang yang jenis tak ramah. Dia buat bodoh je macam kita tunggul. Biasa la tue. Bak kata peribahasa, alah bisa, tegal biasa. Ada caranya untuk kita sesuaikan diri dengan keadaan, and maybe take a little bit of time. Berbeza dengan orang yang secara semulajadi nya suka bercakap dan peramah. Orang macam nie selalunya buat orang sekeliling dia selesa and kurang rasa segan. 


Tapi tak semua manusia tue sempurna. Bak kata brader tempat aku kerja semalam yang tidak semena-menanya berkata, "Orang cantik nie sebenarnya tak semua sempurna. Ada tue muka cantik tapi suara pulak sumbang, ade muka kiut, hidung pulak kembang. Ada sorang yang abang kenal tue, muka cun tapi mulut pulak laser". Tak pasal-pasal aku gelak besar semalam tanpa memikirkan aku masih anak dara. Makanya, semua orang tak sempurna. Noktah.


Peramah tue boleh, tapi biarlah ada batasannya. Peramah dengan golongan tua lain, golongan muda lain. Ada beza tue makhluk sekalian alam ya. Jadik pilihlah korang nak jadik orang peramah yang camne. Yang tak ramah pulak lagi sekali plesss la. Kalau agak-agak orang cuba nak beramah-mesra dan berkawan dengan kita, bagilah feedback yang membina. Jangan sampai orang pun dah malas nak tegur kita dengan sikap yang kita sendiri tak perasan. Jangan pulak yang gatal-gatal dilayan. Pilih yang baik-baik dan sesuai dibuat kawan :) Okay?


Sekian.



Sunday 12 June 2011

Mengenali Karakter dari Status Facebook

                                Haii dan Assalamualaikum.


Dulu, hampir tiap-tiap hari aku bukak fesbuk kalau takde pape yang menghalang. Tapi sekarang dah tak addicted macam dulu. Kalau tak bukak seminggu pun takpe hehehe. Bosan siot. Korang tak bosan ke? Kalau tak bosan takpelah. Teruskan, gud job =) Ini hari aku nak conteng entri aku tentang mengenali karakter seseorang thru' status yang dia buat kat facebook. Macam yang korang sendiri boleh nampak, macam-macam jenis status ada. Ada yang sempoi, ada yang entertained kita, ada yang buat kita senyum, bahkan ada jugak yang memualkan hahaha.


Kita release tension sikit ye. Bukan terbukti betul pun. Takde nya benda nie dibahaskan di persidangan sehingga terbitnya kertas kerja dan tesis segala bagai bagi membuktikan kesahihannya. Sekadar suka-suka. Oleh itu, bacalah dengan terbuka sambil tersenyum girang hingga menampakkan sebaris gigi yang putih ya. Kalau tak putih, kuning pun boleh =) 


Takde Kerja


Update fesbuk sampai tiga empat, lima enam, tujuh lapan kali sehari. Contohnya, "Padini ke Zara?","Arini nak makan ape ye?", "Ahh sakit kepala", "Dahaga pulak", "Ngehhh... ngehh...yes." Kan? Ada kan korang jumpe yang macam nie? Dia memperuntukkan seluruh masa dalam hidupnya untuk mempamer pelbagai jenis status yang tak penting. Kalau sekali dua atau jarang takpelah gak. Adoi. 'Dia' disini tak kira lah lelaki ke pompuan. Jangan marah ya!


Jiwang


Menggunakan bahasa-bahasa awan larat yang sangat meleret-leret. Contohnya, "Seperti rambutan yang sayap tinggi di atas, begitu kau jauh dariku namun sedikit pun tak akan memudarkan ingatanku terhadapmu..", "Aduhai...dewi cinta, dikaulah malaikat sejahteraku!" atau "Oh bidadariku...dirimu begitu indah, siapa dikau yang sebenarnya?" Haa gitu. Berbunga-bunga labuci bermadah pujangga macam orang dulu-dulu aje kan.


Disleksia


Yang nie aku sangat kesian sebab menghadapi kesukaran mengeja dengan betul. Penggunaan huruf vokal dan konsonan yang tunggang terbalik, kejap beso, kejap kecik, dan berbunyi e pepet pun ada. Contoh: "jUstin bE'aver tU KiuTtttt bAngAt saNGat, kiTer SuKeR la diERrrr tu weehhh..! Yang nie honestly aku rasa nak bagi penampar pun ada. Kalaulah aku boleh delete status yang macam nie, dah lama aku buat.


Sendu a.k.a Sengal


Statusnya selalu berbunyi rawan atau sedih pilu. Contohnya, 'Apsallah dia nak dengki dengan aku...", "Kenapa mesti kau tinggalkan aku, ohhh...kasihani diriku.." Oh my God, ape perasaan anda bila baca status macam nie?


Berlagak


Mungkin tak bermaksud langsung nak berlagak tapi bila dibaca bunyinya nampak camtu. Contoh, "Baru balik main golf dengan Datuk Abu Gapor," status bersambung, "Tiket ke Gold Coast dah booking awal-awal," dan seterusnya, "Dinner malam tadi di Hotel Lima Bintang."


Mengutuk Orang Lain


Haa status macam nie lagi la kerap kita nampak. Contohnya, "Kau ingat kau bagus sangat ke. Ingat aku tak tau kau sape an an?" dan lain-lain contoh. Kawan-kawan, sedar tak anda buat status macam ni buat dosa korang bertambah je sebab aibkan orang. Orang yang entah dari ceruk mana pun boleh tau. Buat status macam nie bukan buat orang simpati or kesian, wat orang pikir yang korang jenis tak mature and tak matang selesaikan masalah lagi ade lah. Gunakan fesbuk untuk berkawan, bukan cari lawan okey. Maka, pikir sebelum bertindak =)


Bak kata peribahasa Melayu, banyak orang maka makin banyakla ragamnya.


Terimalah pantun 2 kerat aku:


Jangan tersinggung jangan terasa,
Hanya rekaan semata-mata.


Sekian.



Saturday 11 June 2011

Kisah Tragik Tragis Junko Furuta

                                    Selamat Tengahari dan Assalamualaikum.


Lately, nama Junko Furuta sedang hangat diperkatakan. Nama nie timbul kembali setelah hampir 31 tahun sejak tahun 1988-1989. Kisah dia 60% aku buat ayat sendiri supaya mudah paham dan 40% lagi aku terpaksa ambik dari source-source yang dipercayai benar bagi mengelakkan kekeliruan dan percanggahan maklumat. Kemungkinan jugak ada beberapa term yang susah sikit nak paham sebab source kebanyakannya dalam dialek Indonesia.




Junko Furuta? Sape tue? Kalau tak kenal, meh tau serba-sedikit. At least korang dapat gambaran sebelum baca kronologi kes nie. Sebelum tue, bagi sape-sape yang berhati lembut dan sensitive, kisah tragis nie maybe sedikit mengganggu anda. So better get ready alright babes and dudes.

Junko Furuta adalah seorang gadis muda berusia 16 tahun pada waktu itu, sekolah menengah tingkat tiga (kelas 12) siswi yang berasal dari Misato, Prefektur Saitama. Dia disiksa selama 44 hari lalu dibunuh. Kes Junko Faruta nie dikira sebagai jenayah peringkat tinggi kat Jepun.

Kisah bermula pada tanggal 25 November 1988, ada empat lelaki. Kita klasifikasikan sebagai Lelaki A (18 tahun), Lelaki B (Jo Kamisaku berumur 17tahun, Kamisaku adalah nama keluarga yang dia ambil setelah keluar dari penjara), Lelaki C (16 tahun), dan Lelaki D (17tahun) dari Tokyo. Mereka culik dan kurung Furuta selama 44 hari. Menerusi pembacaan aku, Furuta diculik masa dia dalam perjalanan pegi kerja. Mereka jadikan dia tahanan di rumah yang dimiliki orang tua Lelaki C.

Untuk elakkan polis cari mereka di atas kehilangan Furuta, A nie paksa Furuta untuk menelepon orang tuanya, mengatakan yang dia lari dari rumah dengan kawan, dan tidak berada dalam bahaya. Bukan tue je, A jugak suruh Furuta berpose macam pacar depan kesemua lelaki tue  masa orang tua C, iaitu pemilik rumah tue ada di rumah tersebut. Dorang teruskan sandiwara dorang tue lepas yakin yang orang tua C takkan laporkan pada pihak polis.

Furuta cuba untuk lari berkali–kali, memohon pada orang tua C untuk menyelamatkan dia, tapi dorang tak buat apa-apa meskipun mereka tau yang selama ini Furuta disiksa, sebab orang tua C takut A akan siksa dorang pulak. A masa tue adalah pemimpin Yakuza kelas rendah dan dia telah pun ugut untuk bunuh siapa-siapa yang masuk campur. Sape yang selalu tengok cerita Jepun Korea tue, tau la kan Yakuza nie camne, whereas yang nie in reality, bukan berlakon semata.

Menurut saksi di persidangan masa kes tue dibicarakan, mereka berempat memperkosa Furuta, memukulnya, memasukkan berbagai jenis barang ke dalam vaginanya termasuk tongkat besi, membuatnya minum urinya sendiri, memaksa Furuta untuk masturbasi, memotong pentilnya, menjatuhkan barbell ke perutnya, dan membakarnya dengan rokok. Salah satu dari pembakaran tue adalah hukuman sebab Furuta berusaha untuk menelepon polis.

Pada sebuah titik luka, Furuta sangat parah sampai kan dia perlukan sejam lebih merangkak turun tangga untuk guna bilik mandi. Bayangkan camne dia nak mandi dalam keadaan dia yang macam tue.

Ada yang mengatakan ada kemungkinan 100 orang tahu dorang menahan Furuta kat rumah tue, tapi hal ini tak jelas apa maksud dengan 100 orang tue, yang pasti dorang pun ikut memperkosa dan menyiksa Furuta saat berkunjung ke rumah tersebut. Lelaki-lelaki nie refuse untuk let her go, walaupun Furuta selalu memohon untuk membunuhnya saja dan menyudahi penderitaan tersebut.

Pada January 4, 1989, dengan menggunakan alasan kekalahan salah seorang tertuduh tue main mahjong, keempat-empat lelaki tue memukul Furuta dengan barbell besi, menuang cairan korek api ke kakinya, tangan, perut, muka, dan lalu membakarnya. Dia meninggal tak lama kemudian pada hari tue sebab shock.

Keempat-empat lelaki nie menyatakan yang dorang tak sedar betapa parah luka yang dialami Furuta, dan mereka anggap yang Furuta hanya berpura-pura mati. Para pembunuh tue menyembunyikan mayat Furuta dalam drum 55 galon dan memenuhinya dengan semen, pastu buang drum tersebut di Koto, Tokyo.

Penahanan dan Hukuman

Para tertuduh tue ditangkap dan disidangkan sebagai orang dewasa, tapi oleh kerana dorang masih dibawah umur, identiti mereka disembunyikan oleh persidangan. Sama jugaklah dengan negara kita kan. Walau camne pun, seminggu kemudian, majalah mingguan bernama Shukan Bunshun menerbitkan nama mereka, dengan menyatakan Hak asasi tidak diperlukan oleh penjahat biadab.” 


Mereka juga menerbitkan nama asli Furuta dan detail tentang kehidupan peribadinya dan ini mendapat liputan yang meluas di media. Menurut persidangan, Kamisaku dituntut sebagai ketua kepada para tertuduh.Keempat-empat tertuduh tue diberi keringanan dengan mengaku bersalah dalam tuntutan atau pertuduhan “Membuat luka fizik yang menyebabkan kematian”. 

Orang tua A menjual rumah dorang dengan harga maksimum 50 juta yen atau 5 miliar rupiah dan membayarnya sebagai compensation untuk keluarga Furuta.Sebagai hukuman, Kamisaku kena menjalani 8 tahun di penjara juvana sebelum dia dibebaskan pada bulan Ogos 1999. Pada bulan Julai 2004, Kamisaku ditangkap lagi sebab mencelakai seorang kenalannya, yang dia anggap kawan dia tue yang menyebabkan kekasih menjauhinya. Dengan itu, Kamisaku dihukum 7 tahun dengan tuduhan memukul.

Orang tua Junko Furuta terkejut dengan kata-kata yang diterima dari pembunuh anak perempuannya, dan bergabung dengan Lembaga Masyarakat untuk melawan orang tua C yang rumahnya dijadikan tempat untuk mengurung Furuta. Malangnya, ketika berhujah mengenai masalah yang timbul dari bukti iaitu semen dan rambut yang terdapat pada tubuh Furuta tak sepadan dengan para tertuduh, pihak yang menguruskan Lembaga Masyarakat putuskan yang mereka taknak tolong orang tua Furuta dah sebab dorang rasa takde bukti berat untuk pendakwaan. 


Kronologi Kes:

Hari 1-10 (22 November - 01 Desember 1988) 


Penculikan.
Dikurung sebagai tahanan dirumah, dan dipaksa berpose sebagai pacar.
Diperkosa (Total lebih dari 400 kali).
Dipaksa telepon orang tuanya dan mengatakan yang dia lari dan berkeadaan baik.
Kelaparan dan kekurangan gizi.
Diberi makan kecoak dan minum kencing.
Dipaksa masturbasi.
Dipaksa striptease didepan banyak orang.
Dibakar dengan korek api.
Dimasukan dari yang kecil sampai sebesar yang tak boleh dibayangkan ke vagina dan anusnya.

Hari 11-20 (02 Desember - 11 Desember 1988) 


Menderita luka pukulan keras yang tak terhitung berapa kali.
Muka terluka sebab jatuh dari tempat tinggi ke permukaan keras.
Tangan diikat ke atas dan badannya digunakan sebagai objek bantal sarana untuk ditinju.
Hidungnya dipenuhi sangat banyak darah hingga dia terpaksa bernafas melalui mulut.
Barbell dijatuhkan ke perutnya.
Muntah darah ketika minum air.
Cuba lari dan dihukum dengan tujahan puntung rokok di tangan.
Cairan seperti bensin dituang ke telapak kaki, dan betis hingga paha lalu dibakar.
Botol dipaksa masuk ke anusnya dan menyebabkan luka.

Hari 21-30 (11 Desember - 20 Desember 1988) 


Tak boleh berjalan dengan baik sebab luka bakar di kaki.
Dipukul dengan tongkat bamboo.
Petasan dimasukin ke anus, lalu disulut.
Tangan dipukul hingga penyet dengan sesuatu yang berat dan kukunya pecah.
Dipukul dengan tongkat dan bola golf.
Memasukan rokok ke dalam vagina, abunya juga dibuang ke dalam.
Dipukul dengan tongkat besi. 
Disuruh tidur di balkoni ketika musim dingin bersalju yang pasti minus.
Batang sate dimasukkan ke dalam vagina dan anus menyebabkan pendarahan.

Hari 31-39 (21 Desember - 30 Desember 1988) 


Cairan lilin panas dititiskan ke muka.
Lapisan mata dibakar korek api.
Dadanya ditusuk-tusuk jarum.
Pentil kiri dihancurkan dan dipotong stang.
Bola lampu panas dimasukkan ke vagina.
Luka berat di vagina dimasukkan gunting.
Luka sangat parah hingga memerlukan sejam untuk merangkak turun tangga saja.
Gendang telinga rosak parah.
Ukuran tangan menciut sangat banyak.

Hari 40 (31 Desember 1988) 


Memohon para penyiksa untuk membunuhnya saja dan menyelesaikannya.

Hari 41 (1 January 1989) 


Junko Tahun Baru sendirian.
Tubuhnya dimutilasi.
Tak boleh bangun dari lantai.

Hari 44 (Hari penghabisan) 


Disiksa badannya dengan barbell besi, sebab kalah main mahjong.
Furuta mengalami pendarahan di hidung dan mulut.
Disiram mukanya dan matanya dengan cairan lilin yang dibakar.
Cairan korek api dituang ke kaki tangan muka, perut dan dibakar. Penyiksaan akhir ini berlangsung lebih kurang 2 jam non stop.
Junko furuta meninggal hari itu dalam rasa ngeri sakit dan sendirian.

Tertuduh:

Tertuduh 1

Tertuduh 2

Tertuduh 3

Tertuduh 4
Kat sini kita dapat tengok yang ada spekulasi mengatakan bahawa bukti yang mereka dapat tue dari orang yang memperkosa dan turut menyiksa Furuta, tapi tak diketahui identitinya.

Seperkara yang paling mengganggu dari kisah benar yang tragis macam nie adalah para pembunuh Furuta sekarang bebas. Bagi aku, takde keadilan untuk dia. Dorang semua bebas lepas Junko Furuta terpaksa lalui semua penderitaan tue, tapi inilah kenyataannya.




 Sekian.



Tuesday 7 June 2011

Mari Renungkan Bersama


Sedang kita leka dengan dunia tanpa sempadan yang tak kekal abadi, apa salahnya kita saling mengingatkan sesama sendiri tentang kelemahan masing-masing. Sebaik habis aku baca artikel nie, terasa diri begitu kerdil. Begitu banyak dosa sampai aku tak pasti dapat ke tampung pahala aku yang tak seberapa. Hayati gambaran kiamat yang aku copy paste-kan dari Mr. Fauzan Archi dengan keizinan. Perkara yang baik kita sebar dan kongsi-kongsikan =)



✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.


✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.


✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.


✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi


Bersama-samalah kita berusaha agar terdiri dalam kalangan orang-orang Mukmin. InsyaAllah.


Super thanks to: Fauzan Archi

Sunday 5 June 2011

Kesian, Tak Mampu Beli Kain.

                                         Assalamualaikum dan Happy Sokmo =)


Setiap hari aku baca newspaper atau boleh jugak dipanggil sebagai surat khabar. Surat khabar yang mempunyai headline tak kisah lah dalam bahasa ibunda mahupun lingua franca. Bukan newspaper lama yang perlu dikitar semula tue, tapi yang panassss! Supaya aku tau isu-isu semasa. Ikhlas. Dan paling penting, bila aku selak jek mana-mana surat khabar, mata aku mesti terpandang artis. Of course la buddy. Come on la. 


Bukan nak menyibuk, bukan mengutuk, jauh lagi menghina. Sekadar menulis tentang picisan hati yang berbicara menerusi rentak dangdut regeh hahaha. Tak salah kan kan kan?  Berbalik kepada isu yang aku nak bangkitkan. Kadang-kadang aku pelik tengok artis-artis kita sekarang. Kenapa makin lama makin daring dalam memperagakan bentuk badan? Sekejap. Bukan ke berlakon? Bukan ke menyanyi? Apa kena mengena pulak dengan bentuk badan? 


Pelik dan tak relevan. Silap, relevan bagi yang tak ambik kisah. Bila jual bakat yang dianugerahkan, rasanya tak perlulah nak mendedahkan bahagian badan kepada yang tak patut. Pendapat aku, masyarakat menilai. Yang kelakarnya, yang baru terjun ke dalam industri glamor nie pun pakai bagai tak cukup kain. Padahal banyak kot kedai-kedai or gudang yang jual. Haa contoh terdekat seperti Jakel, Gulati's Silk House or Alamanda...Opps! Ke harga kain dah naik macam tarif elektrik yang naik mendadak sebanyak 7.12 peratus baru-baru nie?? 


Jangan risau, tue bukan alasan yang kukuh ye ladies and gentlemen sebab ada juga kedai-kedai India seperti Maabroor dan yang seangkatan dengannya. Beli sudaa. Bila masyarakat sekeliling menegur, jawapan tipikal, "Dont' judge people by their cover lah. Kenali hati budi dahulu lepas tu baru buat kesimpulan okey". Hallo brader sistah. Yes, aku akui mentaliti orang-orang kita memang tak boleh atau sukar nak diubah. 


So why don't you change in order to keep away people from stereotyped you? Before i go further, allow me to ask. Are first impressions are really important to know somebody, or is it the inside that really counts? If you answered "the inside that really counts", you're wrong. First impressions are really important. It is estimated that people judge you within the first 30 seconds of meeting somebody. We should also be good person on the inside, too, but that is after the first impression. 


Even for interview pun, first impression tue tersangat lah penting. Kalau tak penting, apa pasal dalam buku management yang aku belajar ada tercatat tentang making first good impression to the interviewer under topik Interview Ground Rules? Terbukti penting ya. Kerana itu, better you have a point before speak up babies. Adakah populariti itu hanya akan datang melalui cara-cara kasihan sebegini? Tidak semestinya rakan ya taulan sekalian. 


Sebagai contoh, Datuk Siti Nurhaliza. Pernah nampak dia pakai skirt? Aku pun pernah, skirt labuh tue. Bukan skirt singkat ye. Pernah nampak betis ke, paha ke? Tak kan. Frankly speaking, aku suka dia sebab attitude dia bila in public. Pastu dia suka senyum hehehe. Tak setuju sebab aku tak tau perangai dia yang sebenarnya? Peeps, itu dia punya pasal la. Semua orang ada perangai sendiri. Maksud aku yang dia display kat public. Kalaulah semua artis macam tue, takde la jelik aku tengok majalah hari-hari. But seems like all these things won't stop. 


Yes. It's true. Aku bukannya baik sangat. Tapi dari hari ke sehari, aku mula buat perubahan. Aku tak malu mengaku yang aku pernah bantah cakap mak aku supaya jangan pakai mendedah aurat sangat. Dulu aku suka pakai short sleeve, pastu pakai tudung. Alah macam budak-budak lepas sekolah pakai tue ha. Baju pun singkat macam pakai baju adik bongsu aku. Memang tah hape-hape hehehe. But then, makin aku dewasa, sikit-sikit aku berubah. 


Sekarang aku rasa sangat pelik kalau pakai short sleeve dengan tudung. Janggal. And tak silap aku almost 3 years dah aku tak pakai cenggitu. Bagi aku okay lah tue kan untuk permulaan. Aku harap one day bila aku dah jadi wife orang, aku nak jaga aurat betul-betul and be a gorgeous mother hahaha. Tinggi melangit impian aku. Kan ke banyak butik and kedai yang jual baju-baju macam tue sekarang. Nak taknak je.


Pagi tadi aku belek-belek satu majalah buah popular kat Malaysia nie. Tak payah kot aku nak mention yang mana satu even you can easily spot it. Gambar-gambar artis? Memang toksah nak cakap la walawei. Banyak kot. Tak perlu lah aku upload kat sini, jadik isu plak karang. Apa-apa pun, ukur baju di badan sendiri. Peringatan dari aku yang bukan siapa-siapa, esok-esok kalau korang nak jadik artis, jual lah bakat anda, bukan jual badan =)


p/s: Artikel tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.


Sekian.









Friday 3 June 2011

Bercakap Tentang Gigi

                                             Salam sejahtera dan Assalamualaikum.


Anda pernah sakit gigi? Pernah tak? Pernah tak anda rasa kesakitan sakit gigi yang mencengkam sanubari sehingga air mata menitis bak air hujan yang taknak turun pada musim panas sekarang nie? Ape tak pernah? Aceeh. Berhenti berbohong. Semua orang ada pengalaman sakit gigi, tapi mungkin ade jugak yang tak. Bagi yang tak pernah rasa..jap gelak jahat dulu hahaha...korang rasa la satu hari nanti!


Baru-baru nie...lebih kurang 30haribulan aritu, aku pegi jumpa dentist. Kenapa? Sebab sakit gigi lah! Kenapa mesti aku pegi jumpa dentist kalau tak sakit gigi. Itu mustahil. Gigi aku berlubang yang maha dalam wuuuuu :( Mula-mula nak pegi dengan adik aku, tapi...


Ikuti perbualan berkenaan gigi ini sehari sebelum kejadian:


 Aku:   Ayah, esok pagi ly nak pegi klinik tampal gigi.
 Ayah: Lahh... nak pegi dengan sape?
 Aku:   Ema lah (adik aku)
 Ayah: Eh, pegi ngan ayah la sbb ayah pun nak cabut gigi nie, bergoyang suda.
 Aku:   Baik!


Haa tengok. Like father, like daughter lah kan. Sehati sejiwa bersakit gigi hahaha. Okey stop. Sambung cerita. Aku pun merempit pegi klinik yang dekat jalan gambut tue dengan bapak aku. Ala yang dekat dengan Wisma Puriwirawan tue haa. Sape orang Kuantan, dia tau la kat mana. Sampai je kat klinik tue, aku terus meloloskan diri ke kaunter pendaftaran sehingga bapak aku begitu sukar mengenalpasti mana satu adalah aku, memandangkan ramai orang kat situ pastu saiz aku pulak kecik, maka bukan satu masalah kronik bagi aku untuk register dengan cepatnya. 


Dah dapat nombor, aku duduk diam-diam dengan bapak aku sambil tengok tv dengan pelbagai posisi tanpa mempedulikan masyarakat sekeliling. Dalam hati dup dap dup dap. Lagi-lagi kalau....ting! No 235! Every time bunyi 'ting' tue, kening aku akan berkerut sebab aku takut turn aku. Aku toleh sebelah aaii...muka bapak aku pun lain macam. Takut jugak ke hahaha.


Setibanya giliran aku, aku bagitau doktor yang gigi aku berlubang. Tak pasti kena cabut or tampal. Dia pun memilih jalan terbaik menurut kepakaran beliau sebagai doktor dengan menampal gigi aku. Tung tang tung tang, okay dah siap tampal. Aii...sekejapnya?? Tapi aku peduli ape, aku pun keluar dengan muka macam orang baru keluar dari bilik pembedahan ke kaunter pembayaran. Muke monyok macam lepas bersalin padahal tak sakit pun hahaha. Aku pun tunggu bapak aku siap. Lepas tue kami balik. 


Balik je, aku mula rase pelik, apesal sakit berdenyut nie? Tapi aku still buat muka akulah paling cun kat dunia lagi walhal takde sape pun nak tengok. Aku pikir kot-kot effect tampal tadi sekejap je. Tengok-tengok, empat hari lepas tue still sakit lagi. Dah macam-macam aku buat. Letak serbuk akar kayu kt gusi lah, browsing google cara hilang sakit gigi lepas tampal lah, sapu minyak kayu manggol la tapi semua sia-sia belaka. Last-last ayah aku beli ubat cap helang kat farmasi. Terus hilang sakit. Aku pun ape lagi, bergegas ke klinik dan mintak doktor cabut.  Rupa-rupanya doktor cakap gigi aku dah dijangkiti kuman, sebab tue sakit walaupun ditampal. Sepatutnya aku datang sebelum gigi jadik teruk. Dapat gigi camni kan bagus...


Fokus pada gigi ye, abaikan muka yang berminyak

Aku suka gigi, bukan bibir yang merah menyala


Sebelum cabut tue, doktor suntik ubat bius. Sakit kot! Aku menangis buat sekalian kalinya sampai pembantu dia kena pegang tangan aku tak bagi gerak. Tak pernah ade doktor cucuk aku sebegini sakit. Malu bukan kepalang tapi apakan daya wuwuwu... tapi abaikan. Walaupun darah sehari suntuk keluar tak henti-henti, tapi dah tak sakit. Aku dah rongak walaupun 22 tahun. Kesian dan padan muka aku. Penyesalan yang takde tara bandingnya. Orang lain pun maybe lalui benda yang sama tapi setidaknya ada pengajaran yang aku dapat. Mulai semalam, tiap kali makan aku gosok gigi. Tak macam sebelum nie. Gosok pagi dan malam je. Bagi yang belum ada pengalaman camni, check out some other thoughts.


Menerusi pemerhatian aku lah kan, ramai yang pegi jumpa doktor gigi sebab gigi tue sakit.  Termasuk aku lah tue. Ramai jugak anggap kalau gigi tue dah rosak teruk kena segera cabut. Tapi kalau gigi tue rosak tapi tak sakit, dibiarkan je. Kenapa senang-senang nak cabut? Oh lupa, ada gigi palsu, senang katanya. Tapi sedar tak yang gigi palsu pun ada masalah jugak kalau tak dijaga. Gigi palsu tak sekuat gigi asli. Boleh patah dan sebagainya. Pastu kalau pakai sepanjang masa, boleh effect kat gigi asli yang lain dan jugak gusi. OMG. Oh Menarik Gila kenyataan ini. 


Ala kalau y'all nak beli barang pun mesti nak yang original jugak kan? Same case jugak dengan gigi nie hehehe. Selamatkan lah gigi anda selagi boleh. Gigi aku tue memang tak boleh nak selamatkan dah. Aku cabut pun pikir banyak kali sebab gigi aku tue langsung tak bergoyang, geraham plak tue kan. Lepas nie, memang aku nak jaga gila babeng la gigi-gigi aku nie sebab nie je peninggalan or contoh yang aku nak tunjukkan kat cucu aku nanti hahaha! Several years ahead, aku nak pakai braces sebab gigi aku berlapis-lapis macam papan lapis tak cukup gusi nak tampung, tapi aku taknak pakai gigi palsu. One day, aku nak cucu aku cakap," Grandma, you've an awesome tooth lah!"


Good luck in taking care your tooth buddies! =)




Sekian.